18 April 2013

Harap kali ni ada la rezeki kami....

Assalamualaikum...

Hari ni last day bekerja utk minggu ni sebab esok (19/4/2013) adalah cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Org Perak aje yang bercuti tau...hehehe...

Pagi ni semangat lain macam. Nak tau sebab apa?


Ni la dia. Pagi tadi buka internet ternampak UPSI ada buka kekosongan untuk 3 jawatan diatas. Alhamdulillah, ada jawatan Pembantu Tadbir (P/O). Terus apply & berharap sangat kali ini ada rezeki. Walaupun sebelum dh antar banyak permohonan kat UPSI jugak dan semuanya xberjaya, kali ni xmau patah semangat. Mana la tau kali ni ada rezeki kan. Berdoa dan terus berusaha. 

Lagi best sebab permohonan kali ni dah x menggunakan sistem permohonan online (baru tau dah xde guna sistem permohonan online untuk memohon jawatan di UPSI). Agak leceh guna sistem online sebab bila dah siap isi semua kena print dan attach dengan semua document yg dikehendaki. Pastu bru leh submit by pos. Selagi x submit by pos walaupun dh isi online, tetap xlengkap. Bagi saya cam leceh sikit la, sebab selalunya kalau isi online, click submit dah terus lengkap. Diaorg akan proses. Tapi walaupun leceh, tetap kena buat la kan. 

Bagi yang x tau, saya memang berharap sangat dpt keja kat UPSI ni sebab husband saya kerja kat sana jugak. Itulah sebab utama nya. Kesian husband tiap2 minggu kena ulang alik ke Ipoh. Kadang-kadang bila Amsyar xsihat, dia paling risau. Kadang-kadang risau bila pikir kami tinggal dua beranak. Ada ketikanya, dia sanggup balik walaupun dah lewat. Sy kesian sangat-sangat. Saya tau, perancangan Allah itu lebih baik. Kami redha. Mungkin belum sampai rezeki kami nak tinggal sama-sama. Takpe la, selagi terdaya kami akan usaha mana yang patut. 

Sebab tu sy harap sangat permohonan kali ni akn berjaya. Doakan saya ye! Semoga saya terpilih diantara ramai-ramai yang memohon. Amin, ya rabbal alamin. 

No comments:

Post a Comment