15 August 2013

Catatan berhari raya....part 1..


Assalamualaikum...

Yeah!! Kembali menjengok blog kecintaan....hahaha...sorry ye blog, puan blog ni bz beraya. xdak masa nak jengok kamu....ni dapat update pun bila dah masuk keja. Malas nak update guna henpon. Harini dah masuk keja setelah bercuti 3 hari selepas raya. Sebelum raya xamik cuti pun...Mood? Agak-agak korang? Hehehe...mood masih suam-suam kuku. Malas rasanya nak bekerja. Tetapi apakan daya. Kena ikhlaskan hati...sebab kerja ni punca rezeki kan...


Seronok tak berhari raya korang semua? Mestila seronok kan....semua ada kisah hari raya masing-masing kan...bagi kami, alhamdulillah raya tahun ni disambut dengan penuh kesyukuran. Raya pertama di Ipoh & raya kedua &seterusnya di kampung. Alhamdulillah, dapat merayakan hari mulia dengan family tersayang...

Sehari sebelum raya, memang aku sibuk. Hahaha...nak kemas rumah, nak beli barang-barang buat lontong & masak lontong. Nasib ari Rabu keja half day....leh setel hal kemas mengemas semua ni. Petang baru p Mydin cari bahan nak buat lontong...Lepas prepare simple menu untuk berbuka aku setelkan hal iron baju raya....kena iron siap-siap, kalau x aku yang kalut nanti. Amsyar ikut papa ronda naik moto. So, dapat la aku setel apa yang patut. Malam pulak lepas berbuka tu lepak2 depan TV tunggu pengumuman esok hari rayeeee....hehehe..walau dah tau confirm esok raya, nak juga feeling cam xtau esok raya. Bila si anak lena, ha..baru tugas sebenar bermula. Mop lantai, sapu lantai, susun itu susun ini. Bakul mainan Amsyar kasi sorok dalam stor buat sementara. Hehehe....Pastu setel hal prepare nak masak lontong. Kasi potong sayur-sayur, esok pagi senang nak masak semua dh ready. Pagi raya bangun awai katanya...berhempas pulas masak lontong. Nasib sempat setel sebelum papa g semayang raya.


 

Pagi raya sementara tunggu papa balik dari solat...dah segak dah anak ibu ni. Nasib dia mau pakai songkok tu. Tu pun papa kena pakai jangan buang...kalau dia tengok papa dia buang, dia pun ikut. Songkok besar sikit sebab ni songkok abg Haris. Opah bagi Amsyar sebab abg Haris dah xmuat. Ok la tu...boleh simpan pakai raya tahun depan lak. Tak yah ibu nak membeli songkok dah. Baju melayu Amsyar ni actually ada kisah nya. Walaupun upah murah, tapi ada part yang kureng memuaskan hati. Baju Amsyar singkat sikit. Tak tau time raya Haji nant Amsyar leh pakai ke tidak lagi baju ni. Yang lain-lain ok la. Biasa la..bila murah ni. Takpe la...percubaan pertama antar baju kat tailor tu. Try & error katanya. Kalau kureng tahun depan xantar lagi...Apapun, kira ok la dari xde baju raya....


Ini satu-satunya gambar kami berbaju raya...ini pun dah petang. Masing-masing dah xpakai songkok dah. Sampin Amsyar pun dah ilang. Hahaha...Ok la dari xda langsung kan...Time ni beraya umah kawan papa...Raya pertama kami x kemana sangat pun. Lepas solat, terus ke kubur atuk Amsyar. Pastu ke rumah Opah & last ke rumah kawan papa...Tamat sesi beraya sebelah pagi. Tengahari, anak bujang tido, sekali ngan mak pak dia tido jugak. hahaha...nasib xda orang mai beraya time tu. Sesi petang, ke rumah kawan papa. Sesi malam pulak, turn orang datang beraya ke rumah kami. Hahaha....semua kawan papa la...sampai pukul 1 pagi jugak la...


Juadah di hari raya pertama selain biskut raya adalah lontong. Alhamdulillah, licin satu periuk besar. Cuak jugak sebab dari pagi ke petang xda orang datang beraya. Nasib kawan-kawan papa datang sebelah malam so kira ok la. Habis jugak akhirnya. 


# Baru perasan, ramai yang pakai kaler kelabu tahun ni...sama cam kitaorang...



No comments:

Post a Comment