Leaderboard

06 August 2013

Kasut raya, Kad Raya & Duit Raya....


Assalamualaikum..

Bahang nak raya semakin terasa dah ni wei...ramai dah balik kampung...ramai dah mula bercuti. Aku? Esok masih kerja (nama ja kerja..tapi hati dah ingat nak raya ja)...memandangkan beraya di Ipoh, xpulak terfikir nak amik cuti sebelum raya. Tapi, menyesal pulak rasanya xamik cuti esok. Dah tak tertahan nak berhari raya nih. Overnya.....hehehe...Pada yang baru nak balik kampung arini @ esok, selamat balik kampung ya..berhati-hati...untuk icha & family yang akan fly balik kampung esok (esok la kot), semoga selamat pergi dan balik...


Selagi tak raya, selagi tu la update pasai raya. Normal la kan? Hehehe...semalam cita pasai kasut raya Amsyar tapi lupa nak tepek gambar. Perlu ke? Well, blog sendiri ikut suka la nak letak apa kan....Beli sandal je untuk dia sebab kasut dah ada. Lagipun baru ja beli aritu time nak ke Cameron Highlands. Eh? tak perasan pulak semua kasut Amsyar Adidas...hehehe...well, tengok ibu dia la...suka sangat barang Adidas. Hahaha..itu dulu la...time gigih bersukan ke sana kemari...sekarang bagi la untuk anak pulak...



Raya tahun ni dapat kad raya...wah! dah lama tak dapat kad raya tau. Seingatnya time study dulu la last dapat kad raya...pastu dah xda dah. Semua guna teknologi canggih sekarang wish selamat hari raya. So, bila dapat kad raya, rasa mengimbau kenangan berhari raya....lain feel dia. Nak cerita pun xtau camna rasanya. Buat pengirim kad raya tersebut, Mak Icha...thanks ye! Dan jugak duit raya in advance to Amsyar. Sampul raya GBSB lagi..



No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley