Leaderboard

20 August 2013

Taman Jubli Emas, Aloq Staq, Kedah.

Assalamualaikum...

Mood raya lagi...tapi boring cita raya ja kan...hahaha..masih di hari raya, tapi nak cita pasal beriadah di hari raya...

Tempat riadah yang kami kunjungi ialah Taman Jubli Emas. Dekat Aloq Staq....baru ja buka tempat ni. Ok la, sesuai untuk beriadah petang-petang dengan family. Ada tasek, ada ikan, ada kuda, ada playground, ada tempat untuk jogging dan macam-macam lagi. Kami first time ke sini. So, kesempatan yang ada dapat la jejak kaki ke sini. Malas nak cerita panjang, jom layan gambar yang ada...

Tengok ini budak...bukan main seronok dia berlari sana sini. Seronok la dapat bebas. Hehehe...mak pak penat nak ligan. Bukan apa, takut terjun tasik ja. Tapi Alhamdulillah, semuanya terkawal. Hehehe..ada 2 bodyguard baik punya. Mak relaks sikit....


Cer tengok..penat paksu nak ligan dia. Kejap nak g tengok kuda...kejap nak tengok monyet.....kejap nak tengok orang main helikopter...macam-macam. Budak nak koi besaq macam ni la kan. Bulan depan nak masuk 2 tahun dah anak ibu ni...kejap kan masa berlalu...


Turut serta beriadah my sister a.k.a Makngah Amsyar & KakLong Firyal Nurain a.k.a cousin Amsyar....


Bersama anak kesayangan menikmati keindahan ciptaan Tuhan....subhanallah...cantik sungguh...sambil-sambil bagi ikan makan. Banyak gila ikan dalam tasek ni. Ikan pun besaq-besaq semuanya. Ya la, mau xbesaq, setiap masa orang bagi makan. hehehe..makanan ikan dijual dengan harga RM1 je sepeket... Selain ikan, kat sini ada jugak kuda... sapa berminat nak menunggang kuda pusing taman boleh la sewa. Lupa lak harga dia brapa. 


Si bapak melayan kerenah anak bujang yang nak beli kereta mainan a.k.a control car....Nasib berjaya pujuk jangan beli....hahaha....tu pun jenuh jugak nak pujuk. 


Last but not least, our family picture.....Alhamdulillah....saya bahagia dengan kehidupan ini...mereka berdua adalah kekuatan saya...papa & amsyar...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber gambar & Info: Google

Sedikit info tentang Taman Jubli Emas:

- Dibina pada hari Selasa, 9/9/08.
- Simbolik untuk Kesultanan Melayu Kedah.
- Dibina sempena ulang tahun ke-50 pemerintahan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
- Lokasi di Jalan Suka Menanti, Alor Star, Kedah
- Dirasmikan oleh Sultan Kedah sendiri sebagai tanda terima kasih baginda terhadap rakyat yang menyokong dan mendoakan keberkatan sepanjang pemerintahan baginda.
- Mercu lima batang keris tersergam indah setinggi 20 meter menandakan kerajaan Tuanku selama 50 tahun memerintah
- Kemudahan seperti taman kanak-kanak, tasik, dan padang yang luas turut disediakan

No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley