Leaderboard

28 August 2013

Genap 6 tahun pemergian arwah Ngah....


Assalamualaikum...


Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Ngah yang telah kembali ke rahmatullah 6 tahun lalu...


Tarikh harini, 28 Ogos 2013...6 tahun lalu aku kehilangan seorang mak menakan yang paling rapat. Teringat lagi time tu aku kat UIA...tengah bergelut dengan exam mid-semester... Esoknya aku ada paper Statistical of Psychology II...disebabkan itu, mak tak bagitau aku yang Ngah dah pergi. Tak mau mengganggu aku nak exam katanya. Tapi, sudah suratan aku tau jugak melalui kak ipar yang terlepas cakap yang kebetulan time tu msg aku....dia tanya aku xbalik kampung ka...Ngah dah xdak...diaorang semua dah odw nak balik kampung...Aku kata aku xtau apa-apa. Takda sapa bgtau aku. Aku marah sebab tak da sapa bagitau pasal Ngah. Time tu ayaq mata menitik laju dah. Mujuq time tu aku kat bilik. Otomatik kepala otak xpikiaq xmau study dah...pikiaq nak balik kampung tengok ngah buat kali terakhir ja.


Aku terus telefon mak....mak minta maaf xbagitau sebab aku tengah exam. Aku meraung nak balik kampung. Nak tengok ngah buat kali terakhir jugak-jugak. Mak kata xpayah balik. Kalau balik pun xsempat nak tengok. Lagipun mak kata tengah exam...xpayah la balik. Nanti exam macam mana....aku tersepit ditengah-tengah. Hati aku melonjak-lonjak nak balik tengok ngah buat kali terakhir. Tapi, aku terpaksa akur dengan tanggungjawab yang satu. Seharian aku menangis...teringat ngah....dari jauh aku kirimkan doa & al-fatihah semoga roh ngah tenang disana....


Sapa ngah ni? Ngah ialah kakak kepada mak aku. Mak aku dua beradik ja. Kami semua mmg rapat dengan ngah sejak kecik. Rumah ngah pun dekat ja. Ingat lagi dulu time aku aktif bersukan sana sini...kalau kaki terseliuh @ sakit mesti p umah ngah bagi ngah urut. Sebab ngah memang pandai mengurut... Balik cuti semester ja, mesti kena singgah umah ngah. 


Untuk ngah disana...kami semua sentiasa merindui ngah...sentiasa mengingati ngah....damailah ngah disana..semoga roh ngah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin..Al-Fatihah..

Pusara Ngah...Allahyarhamah Saadah Binti Ismail...Al-Fatihah...


2 comments:








Mini Rage Face Happy Smiley