Assalamualaikum..
On the way ke opis pagi tadi, dengar berita kat radio penembak yang merompak bank & menembak mati pegawai bank tu dah ditangkap. Bagus polis.....akhirnya..sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak...Menyampah tengok muka dia...cam xbersalah...Huhuhu...Semua orang geram tengok mamat ni...hahaha..ada yang buat hukuman sendiri..nak tembak jgak la..nak belasah la...apapun, semoga hukuman yang setimpalnya diberikan kepada mamat nih....Buat masa ni suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan...Al-Fatihah untuk arwah Norazita Abu Talib....
Sumber berita dari myMetro/Harian Metro
Masuk jerat
Kota Tinggi: Suspek kes bunuh pegawai
AmBank yang ditahan polis di Kampung Tanjung Belungkor, di sini, pagi semalam,
dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong darat serta laut bagi membawanya
pulang ke Indonesia.
Lelaki berusia 37 tahun yang menggunakan nama Ardi Hamza di
dalam MyKad palsunya dipercayai datang ke Kampung Tanjung Belungkor di sini,
dalam usaha melarikan diri ke negara asalnya.
Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri
Adul berkata, kemungkinan itu diambil kira berdasarkan kes yang dikendalikan
pihaknya sebelum ini.
“Kebiasaannya warga asing yang pulang melalui lorong tikus tidak akan melanggar
arahan tekong bagi mengelak pergerakan mereka dihidu pihak berkuasa.

ARDI dikawal ketat
oleh anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
“Tetapi, dalam kes ini, suspek dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong dan
kerana itu dia mungkin sanggup menggunakan apa juga cara, termasuk mencuri bot
nelayan untuk melarikan diri,” katanya.
“Kebiasaannya, warga asing akan mengikut apa juga arahan diberi tekong dan
sentiasa berada di dalam rumah transit disediakan walaupun tidak selesa,”
katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan Ardi oleh pasukan khas Ops
Cantas Bukit Aman di kampung berkenaan pada jam 7 pagi semalam.
Ardi menjadi buruan polis selepas membunuh pegawai AmBank Subang Jaya,
Selangor, Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu sebelum melarikan wang
tunai RM450,000.
Norazita yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan ‘pump
gun’ suspek.
Masri berkata, dia juga tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan rumah atau
premis tertentu di sekitar kawasan berkenaan sebagai rumah transit, sementara
menunggu waktu sesuai untuk menyeludup keluar.
“Suspek juga gagal meloloskan diri berikutan kawalan ketat Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Sementara itu, penangkapan suspek yang diburu sejak 20 hari lalu disahkan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah menerusi
satu kenyataan media semalam.
“Polis percaya dengan penahanan suspek ini, kes berkenaan berjaya
diselesaikan,” katanya dalam kenyataan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya
turut mengucapkan tahniah kepada pasukan khas Ops Cantas Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang berjaya menahan suspek terbabit.
“Syabas, pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam
AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM,”
katanya.
Harian Metro difahamkan, suspek utama dipercayai menggunakan pengangkutan awam
untuk ke Kampung Tanjung Belungkor dan bersembunyi dalam sebuah rumah kosong
sebelum diserbu polis.
Sumber berkata, bagi mengelakkan dicekup, suspek mahu melarikan diri ke negara
asalnya dengan mengupah sindiket pemalsuan dokumen bagi membolehkannya
menembusi sempadan.
“Namun, usahanya belum pun berhasil apabila tempat persembunyiannya berjaya
dikesan polis hasil risikan dan maklumat selain mendapat kerjasama daripada
jabatan lain.
“Polis turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) untuk mengesan suspek melalui akaun Facebooknya,” katanya.
Polis turut merampas sejumlah wang disyaki hasil rompakan daripada suspek,
namun jumlahnya belum dipastikan.
Sumber: myMetro/Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment