Assalamualaikum...
Jumaat lepas sedang khusyuk tengok berita TV9...tup2 kuaq berita pasal kes dera budak di taska kat Taman Melawati...siap ada video...Terpaksa aku tengok sebab kalau boleh aku elak nak tengok sebab otomatik teringat anak sendiri....Ya Allah...apa la perasaan pengasuh yang suka hati nak pukul-pukul, tampaq anak orang tanpa sebab tu??? Memang la bukan anak sendiri, tapi fikir tanggungjawab la dah keja macam tu...Kalau xsuka budak jangan keja taska...p dok keja kat zoo sana....Aku memang emo bila bab2 anak ni...walaupun anak orang lain yang kena tu, & sama sekali xda kena mengena ngan aku, tapi sebagai ibu aku turut rasa sedih...sedih sangat-sangat....
Aku pernah keja di taska 6 bulan...aku faham perasaan kadang-kadang letih melayan kerenah budak-budak...dah nama pun budak-budak...kena faham la...depa tu budak-budak..bukan tau apa..kalau marah @ geram sekalipun, jangan nak suka hati naik tangan...istighfar banyak-banyak.
Tolong la selesaikan kes ni...tangkap pengasuh2 tu..bagi hukuman sepatutnya....
Lagi Info lengkap klik sini....
Jom baca lagi kisah benar di Blog Puan Norli..cerita pengalaman hantar anak ke taska tersebut
Copy paste dari blog Puan Norli: (Bacalah walaupun agak panjang)
GEMPAR PENGASUH
MENDERA BUDAK DI TASKA PERMATA HARAPAN
Assalamualaikum..
Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada
bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar
untuk pengetahuan UMUM..
Anak-anak
aku ada pengalaman buruk dengan TASKA
PERMATA HARAPAN ni..semua
salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih
cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja..
Aku
mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang
sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar
merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga
mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku
di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar
Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak
biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat
dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar
dari sekolah..
PERUBAHAN
BULAN PERTAMA ANAK-ANAK
-
ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia..
Aku
malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak
adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time
tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan
tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )
- ANAK AKU MENANGIS
MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA
Tiap-tiap
pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan
lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia
anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku
kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir
masalah)
-
TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO..
TASKA
JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container
sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB
AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK
AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH
TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2..
Aku
belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut
sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa
kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES..
tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes
tiap-tiap hari minta lebih ..
PERUBAHAN
BULAN KEDUA ANAK-ANAK
-
SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak
PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET
anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar
CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska..
selama ni OPAH dia yang jaga.. )
- Kakak
cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama
masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa
dengan kawan2 dia.. )
- Anak
aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA
dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP..
"Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan
budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak
percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA
MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK..
GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat..
mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..
- BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau
HANCING.. campur dalam bag..
- ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik
petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka
nak kebebasan dari di DERA..
-
SARA dah
mula mengigau..
tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap
sorang-sorang sampai aku naik takut..
-
Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok
ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..
- AKU PERGI BERUBAT DARUS
SALLAM..
untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan
TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr
terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL
CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..
PERUBAHAN
BULAN KETIGA ANAK-ANAK
-
Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk
masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI
JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)
- Ada
seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak merekadi sana.. cakap..
" KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak
serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska..
tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )
- FINAL KEPUTUSAN DICAPAI..
Satu
petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik
lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK
NAFAS.. SEMPUT"
Berderau
hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah
kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms..
" ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan
UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat..
tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia
Petang
tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan
wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak
contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar
anak.. dan aku tak balas..
Pengalaman mengajar aku dan
HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang
menghantar anak ke TASKA..
NASIHAT ORLYLOVE
- JANGAN LER INGAT
ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK
MENGADA dan MANJA depan orang..
-
Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler..
check..
-
Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong
ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya
depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap
nanti..
-
Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
-
Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan..
-
Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...
(SEMUA
DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan
BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan
lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )
TASKA
DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON
nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM
Cikgu
nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA..
semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja..
3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang
MOOD SEBAK...
SARA, QALESYA, BATRISYIA, MAAFKAN MAMA Sebab salah anggap dengan
kalian.. dan tersalah PILIH PUSAT JAGAAN untuk kalian.. MAMA kena bekerja demi
keluarga KITA, Insyaallah.. kalau ada rezeki mama, mama akan berhenti
kerja dengan melakukan sesuatu.. perniagaan sambil menjaga kalian semua..
doakan mama,, ok.. IMPIAN mama memang tak nak bekerja.. mama nak besarkan
anak-anak mama dengan hasil keringat mama sendiri..
BUKA LAH MATA WAHAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT... JANGANLAH
SUSAHKAN PENDAFTARAN TADIKA / TASKA untuk semua PENGASUH DAN PENGUSAHA supaya
mereka senang mendaftarkan TASKA DAN TADIKA mereka. Mereka dapat di
pantau..oleh JKM BERIKAN MEREKA pendidikan macam mana KAK ROSMAH nak kan
anak-anak PERMATA NEGARA cemerlang dan terbilang.. Jangan lah tunggu LAPORAN
baru nak buat pemeriksaan..
## Bila anak sendiri di taska...tawakal tu Allah banyak-banyak...takut sangat kejadian macam ni berlaku...Tapi bagus sangat tindakan penjaga yang hantar anak ke taska tersebut yang pasang kamera sembunyi2...kalau x sampai bila pun kita tak tau...Tuhan nak tunjuk..."sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak"
terima kasih kerana share .. untuk semua pihak buka mata.. kes dera kanak-kanak di taska..
ReplyDelete