Leaderboard

09 December 2013

Mieng Kham punya cerita.....Sawadikap...


Assalamualaikum...


Sawadikap...kap kung kap... 
(dah kenapa aku ni? cakap siam tetiba...hahaha..cakap pun xbetoi)


Al-kisah jadi orang siam jadian harini...gara-gara makan Mieng Kham time balik kampung haritu...Uish...1st time try...sedap hingga teringat sampai harini...Kesian aku...orang dah lama makan ni aku baru nak merasa....biasa la, aku ni benda-benda pelik ni memang malaih nak try....tapi bila sekali try...sedap pulak kan..hah, mula la terbayang-bayang....


Ini la rupanya Mieng Kham tu uols!!! 
Terasa crunchy kacang, terasa masam, kalau suka pedas leh tambah cili padi...
Kalau kat kampung orang panggil 'Colek Kaduk' @ 'Sirih Kaduk'...
Cara nak buat senang ja... (rasanya la)..
Tapi, bila google resipi memang senang pun..

Ni aku share resipi untuk korang....mana tau ada sapa-sapa nak try...hehehe...juga berguna untuk aku..

Resipi dari nonie2u.blogspot.com

Mieng Kham (Sirih Kaduk)

Bahan utama mestilah kena ada daun kaduk kan... (dibersihkan & dilap sehingga kering)

Bahan-bahan inti: (disediakan berasingan)

Udang kering (cuci bersih & sangai)
Kacang Tanah (Goreng tanpa minyak, dibuang kulit)
Isi kelapa (dibuang kulit & hiris nipis, kemudian sangai hingga kuning @ bakar dlm oven)
Limau nipis (dihiris nipis dengan kulit2nya)
Halia muda (kikis kulit & potong dadu kecil2)
Bawang merah (potong dadu kecil2)
Cili padi (hiris jalus2)

Untuk sos:
2-3 ketul gula melaka dicairkan dgn 1 cawan air
2 susu tepung gandum
Sos nampla (jika suka) @ boleh diganti dgn udang kering yang dikisar lumat

Cara menyediakan sos:
Masukkan tepung gandum ke dlm kuali & goreng tanpa minyak hingga kekuningan. 
Sejukkan sebentar.
Campurkan dengan gula melaka yg dicairkan tadi, sos nampla @ udang kering. 
Masak kembali atas api kecil sehingga pekat. Sejukkan sebelum diguna.


No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley