Leaderboard

24 December 2013

Projek Memikat Suami....


Assalamualaikum...

Esok cuti kan? Kan? hehehe....seronok kan? kan? 

Ha.....dah agak, mesti ada yang question tajuk entri arini kan? Hihi...projek apakah untuk memikat suami...erk, ini tajuk actually tak ada kena mengena pun dengan aku...haha...eh, tak tau ke? ada drama baru dekat ASTRO RIA semalam...Setiap Isnin, pukul 10 malam...drama ni baru start & kebetulan time tu tertengok...bila dah tertengok terus terjebak...so, bila dah terjebak tu paham-paham la kan....hihihi....

Macam biasa lah, drama yang diadaptasi dari novel ni...
confirm meletoppp...haha....yeke? entah la...saja nak cakap ja pun... 
Tapi dengarnya novel ni tengah laris sekarang...

So, ini lah novelnya...aku tak pernah baca pun...
Dulu2 ada la...pinjam novel kakak aku yang suka beli & kumpul novel...
Aku nak beli novel memang tidak la...hihihi....

Pengarang: HANINA ABDULLAH

Sinopsis:

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi uummi & dan babah, Husna bersetuju dengan permitntaan itu meskipun dia tahu sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

"Jangan menyesal little girl. Awak Ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." - Zahrain Alimin

Hidup berumahtangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side Kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan tapi tuan punya badan tidak!" - Nawwal Husna

"Una tak pernah fikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?" - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimi? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

"Sayang...abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. benci, benci, benci, tup tup in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah berjaya menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Jangan lupa menonton drama ni...

## Terbekenan dengan nama Nawwal Husna....kalau adik amsyar nanti gigirl leh la letak...eh?

2 comments:

  1. Tak nak tengok semalam sebab tak nak terjebak. Kang lambat tdo. Bahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..sy tertengok..tu jadi terjebak..sambil sidai baju kt luar pun jenguk jugak tgk tv...hahahaha....

    ReplyDelete








Mini Rage Face Happy Smiley