Leaderboard

30 September 2013

Amsyar checkup 2 tahun....


Assalamualaikum...

Harini 30/9/13 bawak Amsyar checkup 2 tahun. Tapi alkisah kejadian harini, selalu bawak dia ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kg. Simee ja....dari time pregnant sampai skang bawak ke situ ja..walaupun tpaksa jugak cakap panjang pasal tempat tinggal yang sememangnya xtermasuk dalam kawasan. Selalu guna istilah "tumpang @ luar kawasan" bila ke Klinik Kg Simee. Sebab kalau ikut alamat, aku kena ke Klinik Greentown...Oh, jauh pulak. Malas nak masuk pekan sana.

So, tiap kali lepas je bila ke Klinik Kg. Simee ni...Tapi harini, agak xnasib baik la...ada nurse tu memang dah xleh tolak ansur dah. Suruh jugak-jugak kami ke Klinik Greentown. Memang xmau amik pesakit luar kawasan dah katanya. Aku malas nak ckp banyak terus keluar menuju ke Klinik Greentown. Lagipun time aku pi Klinik Simee tu punya la ramai orang. Ok jugak...xyah la aku tunggu lama-lama kat situ...

Sampai Klinik Greentown, bagus sebab orang xramai...tempat pun luas. Siap ada playground mini untuk budak-budak...Kan bagus tu..hiihihi....tunggu turn pun tak lama...disebabkan Amsyar dah 2 tahun, dah xpayah amik suntikan dah...semua dah complete. Cuma timbang berat & tinggi saja, pastu nurse tanya pasal perkembangan dia..

Berat: 15kg
Tinggi: 84cm

Alhamdulillah....



No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley