10 July 2013

Cuti raya, baju raya, sahur & puasa....

Assalamualaikum....

Puasa baru sehari...tu pn blom masuk setengah hari dah sibuk nak cerita pasal cuti raya. Hehehehe..Takpe la, perancangan awal tu kan perlu...supaya xde tergesa-gesa di kemudian hari. Hihihi...

Lagipun, taska Amsyar dah bagi notis untuk cuti raya. Seminggu uols taska tutup..garu kepala la ibu Amsyar ni cemana nak buat...sebab plan awalnya memang xmau amik cuti langsung sebab InsyaAllah raya akan jatuh hari Khamis...so, Jumaat, Sabtu & Ahad dah mcm cukup berhari raya & balik kampung apa semua. Tapi, bila mengenangkan taska Amsyar tutup seminggu, nampak gayanya kena buat plan baru la...cam kena apply jugak cuti. Tapi, tu pun kena tengok keadaan dl....mcm malas nak amik cuti sebab 1/8 ni baru cukup setahun kerja kat company ni. Akan dapat la cuti untuk yang cukup setahun bekerja ni (6 hari kot kalau xsalah). Macam sebelum ni (keja xscukup setahun lagi), xde cuti...kalau amik cuti kena replace. Urghhh....meluat. Hahahaha....until now, xabis2 lagi replace cuti nya. Cemana ni...huhuhu...

Raya kali ni, giliran beraya di Ipoh....raya ke 2 baru kami balik kampung...Kami xde la bergaduh nak balik raya mana. Kira kalau raya posa kat Ipoh, raya Haji mest kat Aloq Staq. Macam tu lah kiranya. Ala, dekat je pun...toksah gaduh2....hihihi...Bab baju raya, semua sebelum puasa lagi dah setel anta tailor. Senang, xyah pening kepala pikir cam tahun lepas. Hik hik hik...Cuma nnt baju dah siap, kena la pikir untuk mengeluarkan duit bayor upah tailor jahit baju. Hihihihi...Tema kami tahun ni ialah biru + kelabu....Kalau ikutkan tahun ni nak pakai kaler coklat (kain tahun lepas yang xsempat dijahit)...tapi baju raya tahun ini telah disponsor oleh paklong Amsyar sedondon uols satu family semua...(thank you paklong)...so, kain tahun lepas simpan untuk tahun depan lak. Alahai....lamanya kain tu dok berlipat dalam plastik Kamdar tu..hihihi....Tengah pikir nak decorate umah sikit bagi lawa....walaupun umah sewa, harus la nampak cantik cam umah sendiri kan...lagipun nak raya...hihihi...langsir nak tukar ke idak? hahahaha....over...

Semalam pas kerja, singgah Tesco Extra hajat nak beli lauk pauk sikit utk masak time sahur sebab papa Amsyar balik umah. 1st day sahur katanya, kena balik umah. Best2...tapi, kat Tesco apa satu pun tarak. Ikan-ikan boleh dibilang berapa ekor yang ada. Kalau ada pun, perut dah terburai....erk? xde stok ikan fresh2 dah ke Tesco ni? Lagipun esoknya kan nak puasa...mesti la ramai nak beli lauk pauk. Ish..ish..terpaksa ke kedai runcit biasa je. Nasib ada ikan + beli ayam sikit. So, untuk dinner just masak kueyteow sup. Sahur lak masak ayam kicap, ikan kembung goreng panas2 + sup....Alhamdulillah. Harini xtau lagi nk makan apa. Takda feel nak mengidam makan macam2 time berbuka sebab berbuka sensorang ajek...Orang kata 1st day puasa ni mesti teringin nak makan itu ini kan. Entah la...Singgah aja la bazar ramadhan balik kang, beli je se-ala kadar yang mampu.

Tengok kalendar ada cuti time Nuzul Quran. Hah, boleh la balik berpuasa kat kampung. Cuti 3 hari tu. Oh, tetiba xsabar nak makan cucur udang mak, daging masak itam mak & karipap mak. Semua air tangan mak. Harusla anak ni rindu nak makan. Hehehehe...sabaq2..posa ni.....dok terliur sebut makanan pulak dah.

Selamat berbuka puasa untuk semua...

2 comments:

  1. Replies
    1. d yatie...aah...dok taska balik.. yg pengasuh aritu cancel sb dia mcm byk sgt hal nk buat..mksdnya, thari amk ank sekolah..pastu amk ank mengaji petang..camna nak jaga amsyar...amsyar dok taska smpai thn ni je...thn depan anta taska lain sb dh 3 thn...

      Delete