Leaderboard

22 July 2013

Puding Aiskrim Oreo...


Assalamualaikum..

Nak share resipi yang senang, sedap & cepat ni. Hehehe..mana tau leh jadi menu untuk korang berbuka puasa. Resipi dari blog Kak Lin...selamat mencuba!

Bahan-bahan:
250g agar-agar (potong kecil-kecil utk bg cepat larut)
1250ml air
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 st esen vanila
1 biji telur
sepeket biskut oreo(kisar halus) - aku buang cream sb xmau manis sangat
5@6 scoop ais krim (perasa apa pn boleh) - aku guna perasa vanila ~ ikut la klu nak rasa ais krim lbh, letak la banyak

Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air. Biar sehingga agar-agar larut@hancur
2.Masukkan gula, kacau sebati.
3. Telur, susu cair, ais krim & esen vanila di blend. Kemudian satukan dengan adunan agar-agar.
4. Kacau sehingga semua sebati & baru masukkan biskut oreo yg telah dikisar halus. Kacau lg smpai biskut sebati dgn adunan.
5. Tuang ke dalam bekas & sejukkan. Dah sejuk baru sedap makan..


Selamat mencuba ye...


No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley