16 July 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013...

Assalamualaikum....

Seminggu sudah kita berpuasa. Ish, pejam celik pejam celik, cepatnya masa itu berlalu. Tak lama je lagi nak raya dah. Eh, sebelum raya jangan lupa tau bayar zakat. Ini dah jadi kewajipan kita semua umat Islam. Bagi yang berkemampuan, tunaikan la zakat untuk membantu insan yang memerlukan. 

" Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji (jika mampu) & berpuasa pd bulan Ramadhan." (Al-Bukhari dan Muslim)

Kadar Bayaran Zakat Fitrah mengikut negeri-negeri

Waktu membayar zakat fitrah:-
     * Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
     * Waktu paling afdal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
     * Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
     * Waktu Makruh : Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal
     * Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal

Sumber: Google

No comments:

Post a Comment