19 July 2013

Puisi Dayana buat Ashraf Muslim...sob sob sob..sebak...

Assalamualaikum...

Kisah Ashraf Muslim kawen lagi ni top tip top sekarang. Sana sini orang dok bercakap..Kat FB pun ramai beri komen, kat blog pun ada jugak...Apa agaknya perasaan si isteri, Dayana time tu kan? Hurmmm...bila Dayana buat puisi khas untuk si suami, Ashraf Muslim ni mmg boleh rasa penderitaan & kekecewaan Dayana dengan apa yang berlaku. Terbaca puisi tu dekat blog Abang Nara, mmg sedih wei. Dayana yang selama ni diam ajek akhirnya bersuara melalui puisi nya untuk sang suami. Apa agaknya perasaan Ashraf Muslim bila baca puisi ni ek? 



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Simple tapi mempunyai makna yang sangat mendalam.

Update: Mak Icha komen puisi tu bukan dari Dayana (thanks yatie for the info)...Dah ramai kata tu Dayana yang tulis..Baca sini RotiKaya tentang isu sebenar pasal puisi ni. Penulis sebenar tampil mengatakan dia yang menulis puisi tersebut bukan Dayana...macam-macam. 

2 comments:

  1. Tapi malangnya semua orang post benda yg bukan dari Dayana sendiri. Sbb itu orang yang buat. Bukan Dayana. Tengok kat rotikaya.

    ReplyDelete
  2. yeke bukan dayana yg buat? ermmm....ptt de komen kt beautifulnara kata bkn dayana yg buat...macam2 la kan...

    ReplyDelete