Leaderboard

18 July 2013

Anak bujang ibu...


Assalamualaikum...

Rafieq Amsyar sekarang sudah pun setahun sembilan bulan...3 bulan lagi nak masuk 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun depan dah 3 tahun...tahun depan lg 4 tahun..lagi depan masuk sekolah. Amboi, advance ibu amsyar ni pikior ha...

Bila dah semakin besar, macam-macam la kerenah dia. Dah pandai merajuk, pandai mengamuk, pandai marah-marah orang, pandai memujuk ibu yang buat-buat merajuk, pandai makan sendiri, pandai buka seluar sendiri (baju belum berjaya lagi), pandai berborak dah dengan ibu dan macam-macam lagi la. Walau macam-macam kerenah, ibu xjemu melayan kamu nak. Cakap pun dah nak petah dah walaupun ada jugak yang kedengaran pelik & lucu di telinga ibu. Banana jadi nanana..papaya jadi papapa (dah macam panggil papa je bunyinya amsyar)....Hahahaha..Apa kita cakap dia mesti akan tiru. Lagi sakan, kalau mengamuk bila apa yang dia nak dia xdpt dengan cepat. Adoi amsyar, cuba belajar bersabar boleh? Hangin jugak ibu bila penat-penat dia mengamuk camtu. Ibu pun kena banyak bersabar jugak...

Ni salah satu feberet dia..memunggah a.k.a 'mengemas'...sampai terbalik la penyidai towel tu dikerjakan...Seronok la main-main camtu. Ikut kamu la nak, janji jangan bagi patah sudah penyidai tu. Garu kepala ibu nak minta papa beli lagi...hahaha...



Dah besar sikit ni, dah reti & paham nak tengok video-video. Buat masa ni amsyar baru ada koleksi CD cita CARS, CD mari mengaji, & CD set learning ABC tu...feberet dia cd mari mengaji..siap lenggok-lenggok ikut abang ngn kakak dlm CD tu menyanyi alif ba ta...style tengok pun macam-macam gaya ada...ada meniarap, ada duduk, ada menungging...tapi, ini budak tak leh lama-lama tengok video. Jenis cepat bosan gamaknya...kejap aja la dia layan cd-cd tu..jadi la nak, at least ada jugak kamu belajar sesuatu walau sekejap cuma..esok-esok sambung lagi....



Sangat obses dengan kereta, lori, helikopter dan yang sewaktu dengannya. Hai, dah nama anak lelaki, takkan nak main ank patung barbie doll pulak kan. Apa la ibu amsyar ni...hihihi....tu salah satu koleksi kereta kesayangan dia, keta polis. Kalau ke mana-mana mesti kena ada pegang keta ditangan. Koleksi kereta pun banyak. Ada kereta polis besar, keta polis kecik, kereta bomba, kapal korek, kapal terbang, moto....oh, dah penuh sebakul. Ibu kena stop kejap la beli kereta untuk Amsyar...( iye la tu..)



Bersama encik ultraman beliau...beli yang murah-murah sudah. Hihihi...sebab tu senang je kepala, kaki, tangan ultraman tu dicabutnya...Skang ni xberapa nak obses sangat dah dgn ultraman ni..kadang-kadang dia main...cita ultraman pn dh jarang tengok....biasa la, budak kan cepat bosan...bila ada benda baru dia jumpa, macam tu la. semua tu kan proses pembelajaran untuk diaorg....


# Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan hati ini bila tengok anak membesar dengan sempurna didepan mata. Sebagai ibu, kita akn cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kan?

# Tak jaga sahur pagi tadi..adoi, sangat tak bermaya plus tetiba sakit belakang. Bertahan dan bersabar lah...



No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley