Leaderboard

30 July 2013

Cerita balik kampung...


Assalamualaikum....

Harini baru ada mood nak update blog. Penyakit malas mai dah...ggrrrr.. Di tambah pulak MC sehari ari Isnin sebab sakit mato pastu sakit satu badan nak bergerak pun seksa....(bersabarlah dengan ujian dariNYa) ..lagi la daku malas nak update apa-apa...Alhamdulillah, harini dah masuk keja & sakit mato pun dah makin pulih. Cuma sakit badan je belum pulih. Sedapnya kalau dapat urut satu badan ni kan...


Cuti Nuzul Quran lepas kami semua balik kampung. Haruslah balik berpuasa kat kampung sebab cuti 3 hari tu. Bukan senang nak dapat cuti lama sikit bila kat kampung. Balik kampung mmg xda la nak buka blog apatah lagi nak update kan. Hp pun kat mana letak pun tak tau. Plus mood malas menyerang... Takda kisah menarik pun..semua macam biasa, seronok dapat berkumpul ramai-ramai berbuka puasa sama-sama. Masakan mak memang terbaik lah! Memang semua orang akan kata masakan mak is the best kan? Yang tu memang xdapat dinafikan...Hari 1st, mak masak cucur udang feberet anak2...uishhh..memang la terangkat. Hari kedua, buat nasi tomato sebab masak untuk moreh surau sekali. Hari ketiga, paksu Amsyar belanja makan pizza...hehehe...juadah-juadah sampingan lain pun sedap2 belaka. Memang kekenyangan la semua orang.


Hari kedua rumah kami dimasuki pencuri. Ya Allah, cuak sebentar bila kak ipar cerita. Kisahnya, si Alief pagi-pagi dah bising kat mama dia...dia jmpa handbeg mama kat bawah pokok pelam kat depan umah. Hah, tak ke cuak semua orang. Istigfar banyak-banyak bila dengar kejadian pecah masuk rumah ni. Takutnya...Ish, xsangka kan..time bulan puasa ni masih ada insan yang sanggup buat keja macam ni. Berbalik kisah terjumpanya handbeg kak ipar tu, dia pun check la semua. Duit hilang dalam seratus lebih. Nasib baik i/c, lesen & kad-kad bank semua xhilang. Pastu dalam beg tu pun ada jam SWATCH harga ratus2 jugak dengan gelang tangan. Pencuri tu xambik...Memang dia aim nak curi duit je ni. I-pad dengan note pun dia xcilok. Nasib baik.

Bila dah jadi mcm ni semua orang pakat check la barang masing-masing. Hah, bekas abah simpan duit syilling untuk raya dikebas jugak. Adalah dalam rm30 dalam tu. Memang hampeh betoi pencuri ni. Geramnya...patut la mak kata time dia bangun prepare sahur pintu belakang dekat dapur terbuka. Tapi mangga xterusik. Jadi CSI kejap, kami pun pikir la cemana pencuri ni boleh masuk rumah. Pintu depan memang berkunci la kan. Last-last, dapat tau dia masuk ikut pintu atas rumah yang dh reput dek anai-anai. Kalau kunci pun still leh tolak. Aduh...yang heran semua orang cam kena pukau. Tak sedar langsung. Kalau yang sedar & dengar ada bunyi orang berjalan pun anggap xde apa-apa jadi. Astagfirullahalazim...Jangan la jadi benda tak diingini lepas ni.

Tutup kisah bab pencuri ni..biarlah dia tanggung dosa mencuri & kalau mencuri lagi biarlah kena tangkap. Padan muka!  


# Cerita DIY langsir raya akn diupdate entri selepas ni ye..hahaha..gigih nak ada langsir baru ibu amsyar ni...well....bila rajin mcm tu la..kalau malas, aptb!


No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley