Leaderboard

08 July 2013

Weekend kami.....

Assalamualaikum...

Weekend yang padat...dari pagi ke petang xlekat kat umah. Hahahaha...

Hari Jumaat malam tu semangat nak buat cheesekut. Nampak cam senang, so nak try la buat. Bahan2 pun mudah didapati..Tengok kat instagram & FB...rupanya, ramai geng mummy gojes pakat buat cheesekut jgak. I ni mummy gak..tapi xde la gojes. Hahahaha....Sapa nak resipi, sila la masuk blog sayepunyebelog ni..Hasilnya, amat mengagumkan...senang & sedap. Hehehe...peberet Amsyar jugak tu...


Sabtu pagi, ibu ngn Amsyar pegi breakfast kat McD. Ibu xde idea nk msak apa since papa amsyar awai2 pagi dah keluar g aktiviti Kelab Kereta Lama dia. Kami ditinggalkan berdua. Huhuhuhu...Nasib la anak...so, jom kita ke McD.  Saja sesekali breakfast hebat sikit (hebat ka??) hahaha....ala, saja mengenangkan sian ank bujang tu dok umah ja. Lagipun kat McD kan ada playground. Suka la Amsyar tu...Pas breakfast, tetiba ajak Amsyar ke Giant. Malaih nak ke Tesco sebab Giant orang xramai. Ha, kan betul...Sunyi je...Petangnya lak kami pegi bithday party Iskandar. Tak dapat makan kek spiderman sebab majlis potong kek nya malam. Kami pegi siang..hahaha..dapat makan laksa ngn pulut kuning + rendang aje....BBQ pun malam jugak..alahai, melepas...Amsyar dapat jumpa Icha...tapi sayang, sapa pun xteringat nak amik gambar Amsyar, Icha & Iskandar. 

Budak excited nak pegi McD ni...

Hari Ahad, pagi2 papa Amsyar ajak pegi Lokin (org Ipoh tau la tempat ni...eh? org luar pun mesti tau kan)..nasib pegi awal2 pagi, xla panas sangat. Tah nk cari apa tak tau papa Amsyar. Kami mengikut aje. Tengah berjalan-jalan tu, terjumpa Wood Toy ni. Horeyy.....suka la ibu amsyar sebab dah lama nak cari wood toy ni. Hahaha..lagi suka, ianya hanya RM5...apa lagi, beli jangan xbeli. Amsyar eksaited kemain dapat wood toy ni. Orang kata, mainan ni dapat melatih anak menggerakkan jari jemari dengan cepat (anak akan cepat menulis) dan pada masa sama melatih otak untuk fokus & menyelesaikan masalah dengan cepat. 

Amsyar & wooden toy...

Tengaharinya kami ke Kuala Kangsar pulak. Kawan papa buat kenduri sambut bulan puasa. Jauh berjalan kami..nun ke Manong nun. Ibu pun 1st  time sampai tempat tu.  Lepas kenduri, terus lajak ke Kg Gajah. Hahaha...terus terjebak tengok drag. Amsyar suka la tu. Tapi kejap je kat situ sebab dah petang. Memang pack betoi la weekend Amsyar..Nextweek dok umah aje ye nak sebab dah puasa. Kalau keluar, kita pegi bazar ramadhan je..hahahaha...ibu amsyar ni poyo la...

Amsyar with papa....

No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley