Leaderboard

04 July 2013

Amsyar's New Ride....

Assalamualaikum...

Lama nak update pasal keta baru Amsyar ni. Bapak ada keta baru, anak pun ada keta baru. Ibu je xdapat apa2...eh, kan dapat meja makan tu...hehehe.....






Ni dia budak seronok dapat keta baru. Memang dah lama nak beli keta berbateri ni. Tapi pikir2 balik, harga mahal sikit so kena la hold dulu. Tunggu papa ngn ibu ada duit lebih baru dapat beli. Hehehe...Baru ingat nak pegi tengok kat Padang Besar keta macam ni. Dengar orang kata murah. Tapi, pikir2 balik alahai nak kena ke Perlis pulak semata-mata nak beli keta ni je kan. Lainla kalau memang ada hal kat sana, sambil menyelam minum air ok jugak. Berbaloi. Tapi, kalau ye pun murah, sama je bila kira duit minyak semua kan. Pulak tu, ada kawan gtau dia beli keta camni untuk anak dia kat Padang Besar harga lebih kurang je dengan beli kat Ipoh ni. Mahal lagi ada la. 

Kira on the spot je beli ni sebab xde lak gtau papa amsyar yang memang nak beli. Lepas kitaorg breakfast kat kedai feberet Amsyar ari Ahad tu, odw balik umah saja la ckp kat papa amsyar nak cari beskal untuk amsyar since time balik kampung aritu suka sangat dia naik beskal kak long. Takde langsung terpikir ke arah nak beli keta ni. So, papa amsyar bwk kitaorg ke kedai alat2 mainan (kereta2 berbateri & basikal) kat pekan Ipoh (xtau nama tempat tu)....ingt nak beli beskal je la kan...tup2 terus papa amsyar tanya nak kereta mana 1. Oh, rezeki kamu anak....papa nak belikan kereta berbateri. So, lepas belek2 dan teliti mana yang ok kitaorg setuju nak amik keta merah ni. Ada 3 kaler...merah, pink, hitam. Pink dah sah2 la xkan dipilih...hehehe.....

Excited itu anak...tak sabar nak tunggu sampai rumah...sampai umah apa lagi, drift la seround. Nasib umah ada ruang buat dirft. Papa amsyar pun syok la gamaknya...dia yang pegang remote control anak dia..ala2 dia pn drift jugak. Hahahaha. Since amsyar kecik & xberapa pandai nak tekan pedal minyak sendiri, so kena kitaorg yang control dulu. Setakat ni main dalam rumah aje la dulu. Tak sempat nak bawak ke luar pegi taman @ ke mana2. 

Yang best, keta ni ada music lagu macam2. Antaranya, lagu Oppa Gangnam Style. Hah, ber'oppa' op op la budak tu. Hehehehe....siap gaya lagi. Mana dia belajar tak tau la. 

No comments:

Post a Comment








Mini Rage Face Happy Smiley